Khamis, 3 Mei 2012

LAPORAN PEMANTAUAN OLEH PAKAR PEMAKANAN


Pendahuluan:
Pemakanan seimbang harus diberi penekanan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang semakin membesar. Dalam tempoh usia kanak-kanak inilah mereka memerlukan diet yang seimbang bagi tumbesaran mereka bagi memastikan kandungan nutrisi yang diperlukan diperolehi murid. Di sekolah, kantin juga harus berperanan sama dalam menyediakan diet yang sesuai sebagai kelangsungan dalam penerapan pemakanan seimbang dalam diri murid.

Laporan:
Untuk itu pada 3 Mei 2012 seorang pegawai dari Klinik Kesihatan Sepang telah hadir membuat pemantauan terhadap menu makanan dan minuman yang disediakan di kantin. Beliau merupakan pakar pemakanan yang dipertanggungjwabkan untuk memantau memu selain memberikan cadangan dan pandangan kepada penambahbaikan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan dilihat berada dalam keadaan memuaskan. Namun terdapat beberapa menu yang disediakan dianggap tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak secara kerap iaitu nasi lemak, nugget dan burger. Beliau juga mencadangkan agar jumlah kalori bagi setiap makanan dipamerkan sebagai pengetahuan tambahan kepada murid dengan menampalkannya di papan kenyataan dan seumpamanya.

Kesimpulan:
Daripada pemantauan ini, Unit Kantin akan membuat pemantauan lanjutan secara dalaman menerusi hasil pemantauan dan cadangan yang dikemukakan. Pihak Unit Kantin sentiasa mengalu-alukan kedatangan pihak kesihatan sebagai cara tidak langsung untuk mendedahkan kepada murid mengenai keperluan mengamalkan pemakanan seimbang.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan