Pengenalan:
Program gotong-royong ini merupakan
satu aktiviti kemasyarakatan yang menggabungkan kerjasama antara Unit Kantin
dan Pengusaha kantin. Program ini sebenarnya telah dirancang untuk dijalankan
pada bulan Mei, namun atas kekangan masa, program ini akhirnya terlaksana dijalankan
pada 5 September 2012 pada hari Rabu jam 3.30 petang. Ia juga bertitik tolak
daripada surat yang dikirimkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor yang
memaklumkan kantin sekolah ini terpilih untuk mewakili Daerah Sepang ke
pertandingan kantin terbersih dalam kategori bandar.
Matlamat:
Memberishkan dan menceriakan kantin
untuk memenuhi piawaian ke pertandingan kantin terbersih peringkat Negeri
Selangor.
Objektif:
-
Memastikan
kantin sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
-
Melengkapkan
kantin dengan bahan-bahan ilmu
-
Mencetuskan
sikap bertoleransi dan tolong menolong antara pihak sekolah dan pengusaha
kantin.
Kekuatan:
Secara keseluruhan, program gotong
royong ini berjalan dengan baik. Antara faktor penyumbang kepada keberkesanan
program ini adalah seperti berikut:
-
Pengagihan
tugasan diberikan secara sistematik dan teratur serta wujud keadaan saling
berteloransi dan bekerjasama antara satu sama lain.
-
Kerjasama
daripada pihak penguasa kantin yang turut serta dalam program ini untuk
mencapai misi yang sama iaitu mendapat Johan dalam pertandingan ini.
-
Sikap
positif semua pihak yang terlibat untuk melaungkan masa dan tenaga dalam
program ini teritamanya dengan sokongan moral oleh pihak pentadbir.
Kelemahan:
Walaupun program gotong royong ini
berjaya dilaksanakan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian.
Kelemahan-kelemahan itu adalah seperti berikut:
-
Kekangan
masa dan waktu untuk meluangkan lebih banyak masa dalam program sekitar 2 jam
ini.
-
Kekangan
kewangan untuk mendapatkan bahan bagi mencerikana lagi kawasan persekitaran
kantin.
-
Tiada
kerjasama antara guru dan murid seperti mana program gotong-royong pada tahun
sebelumnya kerana pada waktu ini murid dalam persediaan untuk menduduki
peperiksaan dan ujian bulanan.
Cadangan
penambahbaikan:
Daripada kekuatan dan kelemahan
daripada program gotong royong yang telah dijalankan, terdapat beberapa
cadangan penambaikan bagi memastikan program sebegini yang akan dijalankan pada
masa depan memberi impak yang besar dan menyeluruh:
-
Peralatan
dan sumber kewangan yang mencukupi.
-
Kerjasama
antara guru-pengusaha kantin-murid untuk mewujudkan sikap kerjasama antara
wakga sekolah.
-
Dapatkan
kerjasama daripada pihak lain seperti ibubapa murid dan masyarakat setempat.
Ini disebabkan sekolah merupakan premis awam yang perlu dijaga oleh semua
pihak.
Kesimpulan:
Daripada program gotong royong yang
dilaksanakan ini diharapkan semua pihak yang terlibat terutamanya dari kalangan
guru dan murid supaya dapat mengambil inisiatif untuk terus menjaga dan
memelihara kebersihan sekolah. Dengan keberkesanan program ini diharapkan akan
ada program-program lain sebegini dapat dilaksanakan supaya setiap warga
sekolah dapat memahami betapa mengekalkan kebersihan ini amat penting bagi
memastikan kehidupan lebih selesa tanpa adanya masalah pencemaran dan penyakit
yang berpunca daripada masalah tidak menjaga kebersihan persekitaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan