Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Keputusan Penuh Anugerah Kantin Bersih Sekolah Rendah 2012

Majlis Anugerah Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan 2012 telah selamat dijayakan tadi di JW Marriott Hotel, Putrajaya. Sebanyak 76 buah sekolah dicalonkan ke peringkat ini di mana bagi pencalonan dari Negeri Selangor, sebanyak 3 buah sekolah dicalonkan bagi kategori bandar dan luar bandar. Berikut merupakan keputusan penuh bagi anugerah berkenaan:


Kategori Bandar:

Johan: SK Taman Tun Dr. Ismail, (Wilayah Persekutuan)
N. Johan: SK Seri Kemudi (Kelantan)
Ketiga: SK Taman Seroja (Selangor)

Kategori Luar Bandar:
Johan: SK Tebing Tembah (Terengganu)
N. Johan: SK Sri Kelewek (Kelantan)
Ketiga: SK Pekan Kudat 2 (Sabah)

Anugerah Khas Juri:
PIBG Terbaik: SK Sebatu (Melaka)
Inovasi Terbaik: SK Seri Sentosa (Pula Pinang)
Pengusaha Kantin Terbaik: SK Taman Tun Dr. Ismail (Wilayah Persekutuan)
Guru Kantin Terbaik: SK Sri Kelewek (Kelantan)


SK Taman Seroja amat bersyukur dengan penganugerahan ini. Diharapkan agar dengan penganugerahan ini ia dapat memberi kesan positif terhadap perkhidmatan kantin selain pengurusan unit yang mantap dan aktif dalam menjayakan matlamat pendidikan melalui perkhidmatan makanan dan premis kantin. Kepada semua pihak yang terlibat sama ada guru-guru, pentadbir, pengusaha kantin, pekerja kantin, PIBG, murid-murid, pegawai PPD Sepang dan JPN Selangor serta pegawai PKD Sepang dan JKN Selangor dan individu-individu berkaitan, terima kasih atas setiap komitmen dan sokongan yang diberikan hingga kantin ini berjaya berada di tempat ini.



Murid Seroja yang ceria mengisi masa dalam perjalanan dengan bermain catur.

Murid bergambar bersama maskot Hidu, Lihat rasa.


Maskot kesihatan membawa keputusan penganugerahan.
Sedutan tayangan video kantin SKTS selaku pemenang tempat ke-3.



GB dan pengusaha kantin menayangkan hadiah kemenangan yang pada asalnya tidak dijangkakan.

Murid mencuba permainan minda yang disediakan di pameran.

Murid mendengar taklimat daripada petugas pameran mengenai tanda-tanda kerosakan makanan.

Puan Lamsiah di samping foto pameran yang menunjukkan kantin SK Taman Seroja.

GB Puan Noredzan bersama Puan Lamsiah di dalam dewan.

Nombor 3 kategori bandar.

Foto kantin yang dipamerkan ditagkan sejurus diumumkan kemenangan.

Murid menjawab kuiz secara spontan di akhir seminar.


Ceria bergambar kenangan antara Puan Guru Besar, Puan GPK HEM dan Puan Pengusaha Kantin bersama AJK Unit Kantin SKTS.





Jumaat, 23 Ogos 2013

Pemantauan Anugerah BESS

Jumaat, 23 Ogos 2013, Puan Suraya Hanim selaku Pegawai Pemakakan PKD Sepang telah melawat ke Seri Ilham, Kantin SKTS dengan beberapa tujuan. Tujuan utama adalah untuk mempromosikan Anugerah BESS kepada premis dan penguasaha kantin di mana ia bermatlamatkan untuk memberi pengiktirafan kepada kantin yang layak. Anugerah BESS merupakan singakatan kepada 'BErsih Sihat Selamat' yang asalnya adalah sasaran kepada penjaja-penjaja dan pengusaha restoren, namun sebagai permulaan, pencalonan diambil menerusi kantin-kantin sekolah yang telah mengikuti prosuder tertentu dan memenuhi piawaian yang ditentukan. Oleh kerana kantin SKTS telah menerima pelbagai prosuder pemantauan sama ada untuk rutin pemeriksaan daripada PKD atau persediaan ke pertandingan kantin bersih peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, maka pihak PKD terus mencalonkan kantin ini untuk mendapatkan Anugerah BESS tersebut.

Selain itu, kehadiran Puan Suraya Hanim juga adalah untuk memaklumkan maklumat lanjut mengenai Majlis Anugerah Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan 2013 yang bakal dilangsungkan di Mariot Hotel, Putrajaya pada 5 September 2013. Untuk majlis ini, SKTS perlu menghantar 8 orang wakil yang terdiri daripada pentadbir, AJK PIBG, pengusaha kantin, penyelaras Unit Kantin serta 4 orang murid. Pihak sekolah dimaklumkan sebanyak dua buah bas kelolaan PPD dengan kerjasama PKD akan disediakan. Besar harapan daripada seluruh warga SKTS dan warga kerja PKD Sepang agar kantin SKTS akan mendapat tempat dalam kategori-kategori yang telah dinilai sebelum ini.





Selasa, 8 Januari 2013

POST MORTERM 2012 & PERANCANGAN 2013

UNIT KANTIN 2013 SK TAMAN SEROJA BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR

Analisis Persekitaran TOWS/COWS Matriks
Bidang : Hal Ehwal Murid (Unit Kantin)
Isu : Kepuasan pelanggan dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah.
                    
                                   Dalaman


   



     Luaran
(S)KEKUATAN:
·      Pengurusan Unit yang bersistematik.
·      Pengusaha kantin yang komited.

(W)KELEMAHAN:
·        AJK unit yang kurang tegas dalam membuat penilaian.
·        Kurang kepelbagaian dalam penyediaan makanan di kantin oleh penguasa kantin.

(O)PELUANG:
·     Pertemuan empat mata antara pihak unit dan pengusaha kantin pada bila-bila masa.
·     Keperihatinan guru dan murid terhadap pemakanan sihat.

Strategi SO
  • Mengadakan proses pemeriksaan makanan dengan merasa sampel makanan yang dijual secara harian.
Strategi WO
·       AJK unit perlu bersikap lebih komited untuk menjalankan pemeriksaan makanan.
(C)CABARAN:
·     Keengganan pengusaha kantin untuk mengelakkan penjualan makanan / minuman yang tidak digalakkan.
·     Citarasa pelanggan yang tinggi.
·     Pelanggan dalam kalangan murid tidak prihatin dengan pemakanan sihat.

Strategi  SC
·     Mengadakan kampen pemakanan sihat kepada seluruh warga sekolah.
·     Memberi peringatan dari masa ke masa kepada pihak pengusaha kantin agar tidak menjual makanan / minuman yang tidak digalakkan.
Strategi WC
·     Mewujudkan sikap toleransi dan saling berkogsi maklumat berkaitan menu makanan untuk kepuasan pelanggan melalui AJK unit.












PELAN STRATEGIK BIDANG HAL EHWAL MURID
SK TAMAN SEROJA TAHUN 2013-2015

NKRA:  Memperluaskan peluang pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan
Sub NKRASBT dan Tawaran Baru
            




Isu
Masalah
Matlamat
Strategi
Indikator Pencapaian
Sasaran (ETR)

TOV
2013
2014
2015

Kepuasan pelanggan terhadap menu makanan di kantin.










Jualan makanan yang kurang berkhasiat






Tiada lagi penjualan makanan yang tidak berkhasiat.
Pemeriksaan makanan dengan menyediakan ruang ‘food testing’ untuk guru bertugas.
Bilangan jenis makanan yang tidak digalakkan dijual.
5
4
2
0

Tiada kepelbagaian dalam menu makanan.
Memenhi citarasa pelanggan terhadap makanan yang dijual.
Mendapatkan maklumat daripada pelanggan mengenai menu yang boleh dicadangkan kepada pengusaha kantin.
Peratus tahap kepuasan pelanggan.
70
80
90
100












PELAN TAKTIKAL 2013 UNIT KANTIN

NKRA:  Memperluaskan peluang pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan
Sub NKRASBT dan Tawaran Baru






Bil.
Program
Objektif
Tanggungjawab
Tempoh
Kos/ Sumber
Indikator Pencapaian
TOV
ETR


1
Tinjauan kepuasan pelanggan
Memastikan pelanggan mendapat kepuasan dalam aspek pemakanan yang disediakan.
AJK Unit Kantin
Pengusaha kantin
2 kali setahun
-

Peratus tahap kepuasan pelanggan.
70

65


2
Kempen pemakanan sihat.
Melatih murid untuk mengmalkan pemakanan sihat dan seimbang.
AJK Unit Kantin
Kelab Dokter Muda
Guru-guru
Pengusaha kantin

April
RM 200.00
Kokurkulum
Bilangan jenis makanan yang tidak digalakkan.
5
6





PERANCANGAN TAHUNAN UNIT KANTIN 2013
BIL
TEMPOH
SENARAI PROGRAM
Objektif
PELAKSANA
1
Januari / Jun / Oktober
Mesuarat AJK Kantin
·       Merancang aktiviti / program.
·       Pengagihan tugasan
·       Perbincangan perkara berbangkit
·       Makluman informasi terkini
Unit Kantin
2
Januari
Dokumentasi pengusaha kantin
·       Mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan berkaiatan maklumat pengusaha dan pekerja kantin seperti yang terdapat di dalam peraturan kantin di bawah pengurusan HEM
Pengusaha kantin
Unit Kantin
HEM
Pentadbir
2
April
Kantinku bersih dan ceria
·       Gotong-royong kebersihan dan keceriaan.
·       Memastikan kantin dalam keadan bersih.
·       Mewujudkan suasana selesa dan keceriaan.
Unit Kantin
Unit 3K
Unit Kokurikulum

3
Januari & Jun
Zoom-in kantin
·       Meninjau keadaan dan panorama semasa kantin
·       Meninjau dapur, kaunter jualan, tempat makan murid dan bilik makan guru.
·       Meninjau kemudahan dan perkhidmatan pihak kantin.
AJK Kantin

4
Sepanjang tahun
Info@board
·       Mengemaskini papan kenyataan Unit Kantin di kantin.
Unit Kantin
5
Mac
Survey kepuasan pelanggan
·       Mengenalpasti tahap kepuasan murid dan guru terhadap perkhidmatan di kantin.
·       Mengenalpasti kehendak dan keperluan pelanggan berkaitan menu yang disediakan oleh pihak kantin
Unit Kantin
6
Jun
Ceramah pemakanan sihat
·       Mendedahkan informasi berkaitan diet sihat dan seimbang.
Unit Kantin
Unit Kesihatan
7
Sepanjang tahun
Pematauan penilaian kantin
·       Memastikan kantin sentiasa mengikut piawaian kebersihan dan peraturan penyediaan makanan kantin sebagai premis makanan sekolah.
Unit Kantin
Pengusaha Kantin
8
Sepanjang tahun
Penilaian dan pelaporan
·       Menghantar laporan pemantauan kantin ke PPD pada setiap hujung bulan.
Pentadbir
Gurukantin


SK TAMAN SEROJA
BANDAR BARU SALAK TINGGI

CARTA GANTT UNIT KANTIN 2013

BIL
PERKARA
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
SEP
OKT
NOV
DIS
1.     
Mesyuarat AJK Unit Kantin









2.     
Dokumentasi Pengusaha Kantin











3.     
Gotong-royong Kantinku Ceria











4.     
Zoom-in Kantin










5.     
Info @ Board



6.     
Survey Kepuasan Pelanggan










7.     
Ceramah Pemakanan Sihat











8.     
Pemantauan Penialai Kendidiri








9.     
Penilaian dan Pelaporan ke PPD















POST MORTERM UNIT KANTIN 2012

Bil
Program / aktiviti
Kekuatan
Kelemahan
Penambahbaikan
1
Mesyuarat AJK Unit Kantin
Berjaya dijalankan mengikut jadual.
Bilangan ahli yang tidak pernah mencukupi.
Pilih waktu dan masa yang sesuai untuk adakan mesyuarat.
2
Dokumentasi Pengusaha Kantin
Maklumat lengkap dikumpulkan.
Bilangan pekerja kantin sering berubah.
Up-date dari semasa ke semasa oleh pihak AJK.
3
Gotong-royong Kantinku Ceria
Kerjasama dari pengusaha kantin dan murid.
-
-
4
Zoom-in Kantin
Gambaran suasana kantin dan waktu rehat di kantin dengan jelas.
-
-
5
Info @ Board
Maklumat yang sesuai dan penting dipaparkan.
Bahan-bahan di papan kenyataan sering tertanggal.
Menyarungkan papan kenyataan dengan plastik.
6
Survey Kepuasan Pelanggan
Mengetahui persepsi pelanggan terhadap kantin secara keseluruhan.
Menimbulkan reaksi berkaitan emosi dalam kalagan pelanggan guru.
Tinjauan secara berhemah dan tidak berat sebelah.
7
Ceramah Pemakanan Sihat
Pelbagai maklumat dapat disampaikan kepada murid.
Murid masih mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat.
Memperluaskan lagi kempen dari semasa ke semasa.