Memaparkan catatan dengan label PELANGGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELANGGAN. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Januari 2013

Kantin di Hari Pertama Persekolahan Tahun 2013

Assalamualaikum.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga kehadiraan pada sesi persekolahan tahun 2013 memberi kekuatan dan semangat dalam diri masing-masing. Jika dahulu semangat yang utuh semakin luntur, kini kembalikan semangat itu untuk melakar lagi kecemerlangan-kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun-tahun sebelumnya. Pada murid baharu terutamanya murid Tahun 1 2013, selamat datang diucapkan.

Untuk tiga hari pertama antara 2-4 Januari 2013, kantin SK Taman Seroja telah beroperasi dengan jayanya. Untuk makluman, pengusaha kantin bagi tahun ini adalah daripada syarikat yang sama seperti tahun lepas iaitu Syarikat L.A Chattering Sdn. Bhd yang mana ia telah beroperasi di sekolah ini buat tahun ke tujuh. Tahniah diucapkan daripada Unit Kantin dan diharapkan agar wujud penambahbaikan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tinjauan untuk minggu pertama persekolahan telah dijalankan seperti biasa melalui pemantauan kendiri oleh pihak pengusaha kantin serta disahkan oleh Unit Kantin di mana terdapat penambahbaikan daripada beberapa aspek iaitu:

1- Tukang masak yang baharu yang khusus menyediakan masakan berat dan panas.
2- Kebersihan dan keceriaan ditambah baik terutamanya lukisan mural di dinding kantin.
3- Perkakasan hidangan yang baharu termasuk rak pinggan dan cawan yang disediakan dalam bilik makan guru.
4- Menu masakan yang pelbagai dan ada penyediaan ulangan atau tambahan jika hidangan pertama telah habis sebagai alternatif terutamanya untuk guru dan murid Tahap 2.
5- Meja dan kerusi ada penambahan yang dibeli oleh piahk sekolah iaitu sebanyak 10 buah meja dan 20 buah kerusi bangku untuk kemudahan murid yang boleh memuatkan 400 orang murid dalam satu sesi rehat.
6- Mengurangkan penggunaan plastik kepada murid terutamanya plastik minuman bagi mengelakkan adanya sampah yang di buang di merata-rata tempat semasa waktu rehat.

Berikut dipaparkan foto-foto yang menggambarkan panorama dan situasi waktu rehat di kantin sekolah.

Guru-guru menikmati hidangan.

En. Suhaimi Osman sedang memperkenalkan kantin kepada murid Tahun 1. 

Murid membeli makanan. Masih tidak beratur sepenuhnya.

Tersenyum simpul tanda puas hati dengan perkhidmatan kantin tahun ini? 

Perhimpunan rasmi di hari pertama persekolahan sesi 2013.

Ibu bapa murid membantu murid (anak sendiri) membeli makanan.

Ibu bapa menemani anak makan pada waktu rehat.



Rabu, 13 Jun 2012

LAPORAN TINJAUAN KEPUASAN PELANGGAN




PENDAHULUAN

Kantin merupakan premis yang beroperasi di dalam kawasan sekolah bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam kalangan murid terutamanya untuk mendapatkan juadah dan makanan pada waktu rehat sepanjang sesi persekolahan. Untuk itu kepuasan pelanggan harus diutamakan oleh pihak kantin bagi memastikan makanan yang disediakan menepati kehendak mereka selain sesuai dengan nutrisi yang sihat selain bersih dan mencukupi. Sebagai sebuah unit yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kantin, Unit Kantin SKTS di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab bagi memenuhi kepuasan pelanggan dalam kalangan murid memandangkan kantin sekolah merupakan premis tunggal yang menyediakan makanan buat warga sekolah pada waktu rehat. Untuk itu sebuah tinjauan dilakukan bertujuan bagi meninjau selera pelanggan terhadap menu di kantin.

OBJEKTIF
1.      Mengetahui sumber bekalan makanan murid pada waktu rehat.
2.      Mengenalpasti menu kegemaran dan sebaliknya menurut selera murid.
3.      Mengenalpasti tempat pilihan untuk murid makan pada waktu rehat.
4.      Mengusulkan menu-menu sesuai untuk dibawa ke meja mesyuarat bagi tujuan pembukaan tender baharu kepada pengusaha kantin 2013.

MAKLUMAT TINJAUAN

Sasaran sampel – murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 12 buah kelas di pilih secara rawak melibatkan 385 orang murid.

Instrumen tinjauan mengandungi 3 bahagian utama iaitu:
-        Punca dan sumber bekalan makanan waktu rehat.
-        Menu-menu di kantin merangkumi makanan berat, makanan ringan dan minuman.
-        Tempat makan waktu rehat.

Tinjauan dilakukan pada 12 Jun 2012 selepas waktu rehat berakhir.


DAPATAN TINJAUAN

-        Punca dan sumber bekalan makanan murid majoritinya dibeli di kantin yang mewakili 71% berbanding mereka yang membawa bekalan dari rumah sebanyak 14% serta belian di luar kawasan sekolah sebanyak 3%.
-        Makanan berat yang menjadi pilihan murid yang telah dibeli di kantin sekolah adalah nasi lemak dan aneka mee berkuah. Sementara menu nasi ayam tetap digemari ramai berbanding aneka mee bergoring yang kurang digemari murid.
-        Dalam kategori makanan ringan, karipap, kentang goring / wedges dan roti gulung menjadi pilihan ramai. Sementara sandwich, keria / donat dan aneka kek yang terdapat di kantin merupakan menu yang kurang digemari.
-        Minuman berkotak dan bancuhan di dalam tong yang dibeli dengan cawan kecil atau plastik menunjukkan murid tidak ada pilihan lain. untuk itu pelanggan dalam kalangan murid hanya mendapatkan air dari sini selain membawa bekalan minuman dari rumah.
-        Tempat makan pilihan murid, 31% berehat untuk makan di kantin, 13% di dewan dan 55% di lain-lain tempat.


ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

-        Murid Tahap 2 dilaporkan tidak berkesempatan mendapatkan beberapa jenis makanan yang ada semasa Tahap 1 berehat disebabkan menu makanan tersebut habis cepat. Untuk itu dicadangkan ia diperbanyakkan lagi mengikut keperluan daripada dapatan tinjauan ini pada beberapa menu pilihan.
-        Aneka mee yang disediakan dilaporkan ‘kosong’ dan kurang digemari murid. Berkemungkinan jika mee yang disediakan itu ‘diperbaiki’ cara hidangannya, maka ia boleh menjadi pilihan murid pada masa akan datang.
-        Sandwich yang disediakan dilaporkan ‘kosong’. Walaupun begitu ia masih digemari oleh murid Tahap 1 sebagai makanan ringan yang mudah dinikmati semasa rehat.

PENUTUP

Diharapkan agar laporan yang disediakan ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengusaha kantin dan juga Unit Kantin untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk diberikan kepada pelanggan dalam kalangan murid selain pada masa yang sama memenuhi kehendak dan keperluan guru-guru SKTS. Dapatan tinjauan ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak pentadbir sekolah untuk menilai tahap kualiti perkhidmatan kantin selain membuka ruang perbincangan di antara pihak sekolah dan penguasaha kantin untuk proses penambahbaikan pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 28 Januari 2012

LAPORAN ZOOM-IN @KANTIN PENGGAL 1 2012




Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah.

Dalam bidang perkhidmatan makanan seperti kafeteria hospital, kafeteria kilang dan kantin sekolah ia mempunyai pelanggan yang tetap bagi kelompoknya sendiri. Keadaan begini adalah berbeza dengan restoran atau gerai yang lebih mengutamakan keuntungan. Ini penting sebagai tanggungjawab sosial dan saling pergantungan antara pengusaha perkhidmatan makanan seperti kantin sekolah yang mendapat peluang peniagaan di premis yang disediakan oleh pihak pelanggannya di situ iaitu sekolah. Atas dasar tanggungjawab ini, pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang lebih tinggi mutunya dari segi nutrien dan tahap kebersihan serta keselamatan bagi memenuhi keperluan pelanggannya seperti pelajar yang terdiri dari kanak-kanak. Oleh itu, kantin sekolah perlulah menyediakan makanan yang mempunyai nilai nutrien yang tinggi kerana premis inilah satu-satunya tempat utama untuk pelajar mendapatkan makanan di sekolah.

               Berhubungan dengan ini, Unit Kantin telah menjalankan pemantauan secara umum bagi meninjau mutu perkhidmatan pengusaha kantin kepada pelanggannya meliputi aspek penyediaan makanan, layanan dan perkhidmatan pelanggan, kemudahan dan seumpamanya. Dalam masa yang sama, pihak kantin telah dibekalkan dengan manual pemantauan kendiri oleh pihak sekolah bagi menilai aspek-aspek yang dikehendaki dan digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

               Diharapkan pihak pengusaha dapat mematuhi aspek-aspek yang diperuntukkan mengikut piawaian yang ditentukan. Jalinan kerjasama di antara pihak pengusaha kantin dan pihak sekolah amat perlu dari semasa ke semasa untuk memastikan keperluan pelanggan dipenuhi sebaiknya.