Pendahuluan:
Kantin merupakan salah satu kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya
murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan
makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha
kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang
baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang
bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan
makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak
sekolah.
Laporan:
Pada hari Selasa, 14 Februari 2012 pegawai daripada Jabatan
Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke kantin khususnya di
dalam dapur kantin buat kali pertama bagi
sesi persekolahan 2012. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang
telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi. Encik Mohd Suhaimi
bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin telah mengiringi pegawai bertugas
sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah A dan Pra
Sekolah B. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses
penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan
kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.
Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan
di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan
kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas
daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada
pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah.
Antara teguran dan saranan yang
dimaklumkan adalah:
Di kantin.
1. Kuku salah seorang pekerja didapati panjang.
2.
Bawah sinki didapati
tidak diselenggara dengan baik di mana terdapat kebocoran yang mengakibatkan
air dari sinki meleleh.
3. Proses penyediaan makanan didapati tidak
bersistematik walaupun berada dalam keadaan baik dan memenuhi prosuder yang
ditetapkan.
Lain-lain perkara di dapati baik selepas
memantau persekitaran kantin termasuk bilik makan guru. Di akhir pemantauan
ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 88% dengan gred B bagi
kantin SK Taman Seroja.
Di Pra-Sekolah A:
1.
Salah satu tin
daripada stok makanan di dalam kabinet didapati kemek dan tidak selamat
digunakan.
2.
Bekas (kotak) telur
perlu dibuang sejurus telur habis digunakan. Tidak boleh disimpan di dapur
kerana padanya wujud bakteria dan najis yang terdapat pada telur ayam.
Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa menjaga
kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan terkawal. Di akhir
pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 86% bagi
Pra-Sekolah A.
Di Pra-Sekolah B:
1.
Pembantu murid
didapati tidak memakai apron semasa bertugas.
2.
Pembantu murid
didapati memakai barang kemas ketika bertugas.
3.
Pembantu murid
didapati tidak mempunyai rekod dan lesen suntikan pelalian khas untuk
penyediaan makanan.
4.
Susunan bahan
makanan di dalam peti sejuk tidak bersistematik di mana terdapat percampuran
tingkat antara bahan mentah dan bahan yang sedia dimakan. Buah-buahan yang
telah dipotong hendakah ditutup dalam bekas atau plastik.
Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun
setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan wujudnya sebarang
kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses penyediaan makananan. Di akhir
pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 80% bagi Pra-
Sekolah B.
Kesimpulan:
Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam tahap baik namun
memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kesemua pihak dari kalangan
pentadbir, guru penyelaras kantin, penguasaha kantin dan juga pembantu murid di
pra-sekolah telah diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa
proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan sentiasa
bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan