Memaparkan catatan dengan label PENGHARGAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGHARGAAN. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Keputusan Penuh Anugerah Kantin Bersih Sekolah Rendah 2012

Majlis Anugerah Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan 2012 telah selamat dijayakan tadi di JW Marriott Hotel, Putrajaya. Sebanyak 76 buah sekolah dicalonkan ke peringkat ini di mana bagi pencalonan dari Negeri Selangor, sebanyak 3 buah sekolah dicalonkan bagi kategori bandar dan luar bandar. Berikut merupakan keputusan penuh bagi anugerah berkenaan:


Kategori Bandar:

Johan: SK Taman Tun Dr. Ismail, (Wilayah Persekutuan)
N. Johan: SK Seri Kemudi (Kelantan)
Ketiga: SK Taman Seroja (Selangor)

Kategori Luar Bandar:
Johan: SK Tebing Tembah (Terengganu)
N. Johan: SK Sri Kelewek (Kelantan)
Ketiga: SK Pekan Kudat 2 (Sabah)

Anugerah Khas Juri:
PIBG Terbaik: SK Sebatu (Melaka)
Inovasi Terbaik: SK Seri Sentosa (Pula Pinang)
Pengusaha Kantin Terbaik: SK Taman Tun Dr. Ismail (Wilayah Persekutuan)
Guru Kantin Terbaik: SK Sri Kelewek (Kelantan)


SK Taman Seroja amat bersyukur dengan penganugerahan ini. Diharapkan agar dengan penganugerahan ini ia dapat memberi kesan positif terhadap perkhidmatan kantin selain pengurusan unit yang mantap dan aktif dalam menjayakan matlamat pendidikan melalui perkhidmatan makanan dan premis kantin. Kepada semua pihak yang terlibat sama ada guru-guru, pentadbir, pengusaha kantin, pekerja kantin, PIBG, murid-murid, pegawai PPD Sepang dan JPN Selangor serta pegawai PKD Sepang dan JKN Selangor dan individu-individu berkaitan, terima kasih atas setiap komitmen dan sokongan yang diberikan hingga kantin ini berjaya berada di tempat ini.



Murid Seroja yang ceria mengisi masa dalam perjalanan dengan bermain catur.

Murid bergambar bersama maskot Hidu, Lihat rasa.


Maskot kesihatan membawa keputusan penganugerahan.
Sedutan tayangan video kantin SKTS selaku pemenang tempat ke-3.



GB dan pengusaha kantin menayangkan hadiah kemenangan yang pada asalnya tidak dijangkakan.

Murid mencuba permainan minda yang disediakan di pameran.

Murid mendengar taklimat daripada petugas pameran mengenai tanda-tanda kerosakan makanan.

Puan Lamsiah di samping foto pameran yang menunjukkan kantin SK Taman Seroja.

GB Puan Noredzan bersama Puan Lamsiah di dalam dewan.

Nombor 3 kategori bandar.

Foto kantin yang dipamerkan ditagkan sejurus diumumkan kemenangan.

Murid menjawab kuiz secara spontan di akhir seminar.


Ceria bergambar kenangan antara Puan Guru Besar, Puan GPK HEM dan Puan Pengusaha Kantin bersama AJK Unit Kantin SKTS.





Jumaat, 23 Ogos 2013

Pemantauan Anugerah BESS

Jumaat, 23 Ogos 2013, Puan Suraya Hanim selaku Pegawai Pemakakan PKD Sepang telah melawat ke Seri Ilham, Kantin SKTS dengan beberapa tujuan. Tujuan utama adalah untuk mempromosikan Anugerah BESS kepada premis dan penguasaha kantin di mana ia bermatlamatkan untuk memberi pengiktirafan kepada kantin yang layak. Anugerah BESS merupakan singakatan kepada 'BErsih Sihat Selamat' yang asalnya adalah sasaran kepada penjaja-penjaja dan pengusaha restoren, namun sebagai permulaan, pencalonan diambil menerusi kantin-kantin sekolah yang telah mengikuti prosuder tertentu dan memenuhi piawaian yang ditentukan. Oleh kerana kantin SKTS telah menerima pelbagai prosuder pemantauan sama ada untuk rutin pemeriksaan daripada PKD atau persediaan ke pertandingan kantin bersih peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, maka pihak PKD terus mencalonkan kantin ini untuk mendapatkan Anugerah BESS tersebut.

Selain itu, kehadiran Puan Suraya Hanim juga adalah untuk memaklumkan maklumat lanjut mengenai Majlis Anugerah Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan 2013 yang bakal dilangsungkan di Mariot Hotel, Putrajaya pada 5 September 2013. Untuk majlis ini, SKTS perlu menghantar 8 orang wakil yang terdiri daripada pentadbir, AJK PIBG, pengusaha kantin, penyelaras Unit Kantin serta 4 orang murid. Pihak sekolah dimaklumkan sebanyak dua buah bas kelolaan PPD dengan kerjasama PKD akan disediakan. Besar harapan daripada seluruh warga SKTS dan warga kerja PKD Sepang agar kantin SKTS akan mendapat tempat dalam kategori-kategori yang telah dinilai sebelum ini.





Rabu, 20 Februari 2013

LAWATAN DELEGASI DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA SELANGOR


Kantin SK Taman Seroja telah menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor pada 19 Februari 2013. Delegasi ini terdiri daripada lapan orang iaitu pegawai kesihatan, guru sekolah dan pengusaha kantin. Kunjungan itu bertujuan untuk bertukar-tukar maklumat di mana pihak delegasi ingin mengambil informasi daripada SKTS mengenai pengalaman menyertai pertandingan kantin bersih pada tahun 2012. Ia berikutan kantin SKTS mendapat tempat kedua di peringkat negeri sekaligus tercalon ke peringkat kebangsaan.

            Dalam lawatan sejak jam 9.00 pagi, tetamu telah diberikan taklimat oleh Puan Besar di bilik mesyuarat mengenai kantin secara umum. Sejurus itu, para  tetamu telah dibawa ke premis kantin semasa waktu rehat Tahap 2 sedang berlangsung. Para tetamu kelihatan teruja apabila melangkah kaki ke kantin di mana kebanyakan daripada mereka asyik merakamkan foto-foto di seluruh ruang kantin.

            Dalam lawatan itu juga, para tetamu telah dilayan baik oleh pihak penguasaha kantin dengan membenarkan mereka memasuki ke kawasan dapur, pejabat dan stor penyimpanan makanan. Selain itu para tetamu telah mengutarakan pelbagai pertanyaan berhubung dengan pengurusan kantin yang meliputi penyediaan makanan, fail-fail dan sebagainya. Para tetamu juga sempat meninggalkan komentar dan cadangan di dalam buku pelawat yang disediakan oleh pihak kantin.

            Sebelum lawatan berakhir, para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan kecil di bilik makan guru diikuti dengan acara bergambar kenangan bersama para tetamu dan wakil SKTS yang terdiri daripada pentadbir, jawatankuasa kantin dan pengusaha kantin. Acara bertukar cendera mata juga telah dilakukan sebelum para tetamu berangkat meninggalkan SKTS pada jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.