LAPORAN
PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI KESIHATAN TERHADAP PROSES PENYEDIAAN MAKANAN 2013
Pendahuluan:
Kantin merupakan salah satu kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya
murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan
makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha
kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang
baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang
bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan
makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak
sekolah.
Laporan:
Pada hari Rabu, 16 Januari 2013, pegawai daripada Pejabat Kesihatan
Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke SKTS untuk meninjau pengurusan
keselamatan di sekolah meliputi pelan kecemasan, bilik kesihatan ternasuk
premis penyediaan makanan. Untuk tinjauan ke atas premis penyediaan makanan ia
merangkumi kantin sekolah dan dapur bagi dua buah pra-sekolah. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan
yang telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi di mana Encik
Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin mewakili Unit Hal Ehwal
Murid telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi
kawasan kantin, Pra Sekolah Tunas Harapan dan Tunas Permata. Pemantauan yang
dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan
mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di
tahap yang memuaskan.
Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan
di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan
kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas
daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada
pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah.
Antara teguran dan saranan yang
dimaklumkan adalah:
Di kantin.
Pemakaian gelang tangan semasa
pengendalian makanan – seorang pekerja kantin memakai gelang tangan semasa
menyediakan makanan.
Penggunaan perkakasan dapur yang
berpotensi untuk tercemar iaitu penggelek doh dan mesen pengisar – penggelek
doh daripada kayu perlu diganti kepada bahan plastik.
Perangkap tikus yang tidak digunakan
secara efektif – perlu ada umpan dalam perangkap tikus walau pun tiada tikus.
Di Pra-Sekolah A (Tunas Harapan):
Penggunaan paip yang tidak efektif – elakkan menggunakan saluran
getah kerana ia antara punca pengumpulan bakteria.
Peralatan digunakan harus dipastikan dicuci bersih.
Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa menjaga
kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan terkawal. Di akhir
pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 93% bagi
Pra-Sekolah A.
Di Pra-Sekolah B:
Penggunaan tandas harus digunakan sebaiknya.
Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun
setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan wujudnya sebarang
kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses penyediaan makananan. Di akhir
pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 94% bagi Pra-
Sekolah B.
Kesimpulan:
Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam tahap baik namun
memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kesemua pihak dari kalangan
pentadbir, guru penyelaras kantin, penguasaha kantin dan juga pembantu murid di
pra-sekolah telah diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa
proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan sentiasa
bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.