Kantin
merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai
tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat.
Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga
yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus
menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga
sekolah.
Dalam
bidang perkhidmatan makanan seperti kafeteria hospital, kafeteria kilang dan
kantin sekolah ia mempunyai pelanggan yang tetap bagi kelompoknya sendiri.
Keadaan begini adalah berbeza dengan restoran atau gerai yang lebih
mengutamakan keuntungan. Ini penting sebagai tanggungjawab sosial dan saling
pergantungan antara pengusaha perkhidmatan makanan seperti kantin sekolah yang
mendapat peluang peniagaan di premis yang disediakan oleh pihak pelanggannya di
situ iaitu sekolah. Atas dasar tanggungjawab ini, pihak kantin sekolah perlu
menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang lebih tinggi mutunya dari
segi nutrien dan tahap kebersihan serta keselamatan bagi memenuhi keperluan
pelanggannya seperti pelajar yang terdiri dari kanak-kanak. Oleh itu, kantin
sekolah perlulah menyediakan makanan yang mempunyai nilai nutrien yang tinggi
kerana premis inilah satu-satunya tempat utama untuk pelajar mendapatkan
makanan di sekolah.
Berhubungan
dengan ini, Unit Kantin telah menjalankan pemantauan secara umum bagi meninjau mutu
perkhidmatan pengusaha kantin kepada pelanggannya meliputi aspek penyediaan
makanan, layanan dan perkhidmatan pelanggan, kemudahan dan seumpamanya. Dalam
masa yang sama, pihak kantin telah dibekalkan dengan manual pemantauan kendiri
oleh pihak sekolah bagi menilai aspek-aspek yang dikehendaki dan digariskan
oleh pihak Kementerian Pelajaran malaysia dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan.
Diharapkan
pihak pengusaha dapat mematuhi aspek-aspek yang diperuntukkan mengikut piawaian
yang ditentukan. Jalinan kerjasama di antara pihak pengusaha kantin dan pihak
sekolah amat perlu dari semasa ke semasa untuk memastikan keperluan pelanggan
dipenuhi sebaiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan