PENDAHULUAN:
Sekolah merupakan
premis bagi murid menerima ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses itu tidak sahaja berlangsung di dalam bilik darjah namun
meliputi luar bilik darjah seperti di padang, bilik-bilik khas, dewan dan
sebagainya. Seluruh kawasan sekolah seharusnya dapat memupuk budaya cintakan
ilmu sebagai cara memperkayakan maklumat-maklumat am untuk menyokong
pengetahuan sedia ada yang diterima di dalam bilik darjah. Namun dalam masa yang
sama proses keilmuan juga boleh berjalan di kantin semasa waktu rehat secara
tidak langsung walaupun dalam masa yang sama fungsi utama kantin adalah tempat
bagi warga sekolah untuk mendapatkan makanan khususnya semasa rehat pada
pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu Unit Kantin merancang
untuk mengadakan satu projek khas bagi menjadikan kantin sekolah sebagai satu
tempat yang dapat memberikan informasi dan maklumat kepada murid.
MATLAMAT:
Menjadikan kantin
sekolah sebagai tempat menyalur ilmu dan maklumat tambahan kepada warga sekolah
khususnya murid-murid.
OBJEKTIF:
1. Menyalurkan ilmu dan maklumat tambahan kepada
murid-murid.
2. Menghias dan menceriakan kantin dengan bahan-bahan
yang dihasilkan oleh murid.
3. Mewujudkan kerja sama dan toleransi dalam kalangan
murid yang terlibat dengan projek ini.
TEMA:
“Sambil Makan,
Sambil Baca, Sambil Ingat”
KERJASAMA:
1. Pusat Sumber Sekolah
2. Unit Skim Pinjaman Buku Teks
3. Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
4. Panatia Pendidikan Seni
SASARAN:
Ahli-ahli Kelab
Skim Pinjaman Buku Teks
TEMPOH
PERLAKSANAAN:
Sepanjang bulan
April 2012
JAWATANKUASA
PROJEK:
Penasihat : Puan Hajjah Noredzan
binti A. Bakar (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Zaitun binti
Baharuddin (GPK HEM)
Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)
Puan Norasikin binti Adnan (GPK Kokurikulum)
Penyelaras
Program : Encik Mohd Suhaimi bin
Mohd Nizam
Naib Penyelaras
Program : Puan Latifah binti Amin Nurdin
: Puan
Mardhiah binti Alias
Setiausaha : Puan Suzita binti Wahil
: Puan Norwanawati
binti Ishak
Ahli Jawatankuasa
: Puan P. Saguntala
Puan Haslina binti Hassan
Puan Nor Habshah binti Hamzah
Puan Tuan Rahimah binti Tuan Mat
Puan Erma Aznita binti Kambali
Puan Shahida binti Bakar
Puan Hafiszatunnur binti Ismail
Puan Erma Aznita binti Kambali
KERANGKA KERJA
PROJEK:
ANGGARAN
BELANJAWAN:
PENDAPATAN:
Sumbangan RM
326.00
PERBELANJAAN:
Kad manila 10 keping x RM1.00 = RM10.00
Kertas warna A4 1 rim x RM 10.00 =
RM 10.00
Gam 5 botol x RM3.00 = RM 15.00
Salotep/doubletape 3 gulung x RM 2.00 =
RM 6.00
Lapik Plastik
lutsinar 30 meter x RM8.00 =
RM 240.00
Alatan menulis = RM 50.00
___________
RM 336.00
PENUTUP:
Melalui projek ini diharapkan ia dapat dijalankan dengan lancar dan
jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Dengan
informasi dan maklumat yang disediakan di kantin sekolah ia akan memupuk sikap
semangat cintakan ilmu ke dalam diri murid dengan mempelbagaikan fungsi kantin
yang selama ini hanya dilihat sebagai tempat untuk makan dan berehat
semata-mata.