Jumaat, 2 Mac 2012

PROJEK KANTIN SUMBER ILMU (UNIT KANTIN & UNIT SPBT)


PENDAHULUAN:
Sekolah merupakan premis bagi murid menerima ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses itu tidak sahaja berlangsung di dalam bilik darjah namun meliputi luar bilik darjah seperti di padang, bilik-bilik khas, dewan dan sebagainya. Seluruh kawasan sekolah seharusnya dapat memupuk budaya cintakan ilmu sebagai cara memperkayakan maklumat-maklumat am untuk menyokong pengetahuan sedia ada yang diterima di dalam bilik darjah. Namun dalam masa yang sama proses keilmuan juga boleh berjalan di kantin semasa waktu rehat secara tidak langsung walaupun dalam masa yang sama fungsi utama kantin adalah tempat bagi warga sekolah untuk mendapatkan makanan khususnya semasa rehat pada pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu Unit Kantin merancang untuk mengadakan satu projek khas bagi menjadikan kantin sekolah sebagai satu tempat yang dapat memberikan informasi dan maklumat kepada murid.

MATLAMAT:
Menjadikan kantin sekolah sebagai tempat menyalur ilmu dan maklumat tambahan kepada warga sekolah khususnya murid-murid.

OBJEKTIF:
1.     Menyalurkan ilmu dan maklumat tambahan kepada murid-murid.
2.     Menghias dan menceriakan kantin dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh murid.
3.     Mewujudkan kerja sama dan toleransi dalam kalangan murid yang terlibat dengan projek ini.

TEMA:
“Sambil Makan, Sambil Baca, Sambil Ingat”

KERJASAMA:
1.     Pusat Sumber Sekolah
2.     Unit Skim Pinjaman Buku Teks
3.     Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
4.     Panatia Pendidikan Seni

SASARAN:
Ahli-ahli Kelab Skim Pinjaman Buku Teks

TEMPOH PERLAKSANAAN:
Sepanjang bulan April 2012

JAWATANKUASA PROJEK:
Penasihat                         : Puan Hajjah Noredzan binti A. Bakar (Guru Besar)
Pengerusi                         : Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)
  Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1) 
                                          Puan Norasikin binti Adnan (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program         : Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam
Naib Penyelaras Program : Puan Latifah binti Amin Nurdin 
                                       : Puan Mardhiah binti Alias
Setiausaha                       : Puan Suzita binti Wahil
                                        : Puan Norwanawati binti Ishak
Ahli Jawatankuasa            : Puan P. Saguntala
                                         Puan Haslina binti Hassan
                                         Puan Nor Habshah binti Hamzah
                                         Puan Tuan Rahimah binti Tuan Mat
                                         Puan Erma Aznita binti Kambali
                                         Puan Shahida binti Bakar
                                         Puan Hafiszatunnur binti Ismail
                                         Puan Erma Aznita binti Kambali

KERANGKA KERJA PROJEK:

ANGGARAN BELANJAWAN:

PENDAPATAN:

Sumbangan                                                                        RM 326.00


PERBELANJAAN:

Kad manila                       10 keping x RM1.00                    = RM10.00
Kertas warna A4               1 rim x RM 10.00                        = RM 10.00
Gam                                5 botol          x RM3.00               = RM 15.00
Salotep/doubletape           3 gulung x RM 2.00                    = RM 6.00
Lapik Plastik lutsinar         30 meter x RM8.00                     = RM 240.00
Alatan menulis                                                                   = RM 50.00
                                                                                         ___________
                                                                                          RM 336.00


PENUTUP:

Melalui projek ini diharapkan ia dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Dengan informasi dan maklumat yang disediakan di kantin sekolah ia akan memupuk sikap semangat cintakan ilmu ke dalam diri murid dengan mempelbagaikan fungsi kantin yang selama ini hanya dilihat sebagai tempat untuk makan dan berehat semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan