Kantin SK Taman Seroja telah menerima kunjungan delegasi daripada
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor pada 19 Februari 2013. Delegasi ini
terdiri daripada lapan orang iaitu pegawai kesihatan, guru sekolah dan
pengusaha kantin. Kunjungan itu bertujuan untuk bertukar-tukar maklumat di mana
pihak delegasi ingin mengambil informasi daripada SKTS mengenai pengalaman
menyertai pertandingan kantin bersih pada tahun 2012. Ia berikutan kantin SKTS
mendapat tempat kedua di peringkat negeri sekaligus tercalon ke peringkat
kebangsaan.
Dalam lawatan sejak
jam 9.00 pagi, tetamu telah diberikan taklimat oleh Puan Besar di bilik
mesyuarat mengenai kantin secara umum. Sejurus itu, para tetamu telah dibawa ke premis kantin semasa
waktu rehat Tahap 2 sedang berlangsung. Para tetamu kelihatan teruja apabila
melangkah kaki ke kantin di mana kebanyakan daripada mereka asyik merakamkan
foto-foto di seluruh ruang kantin.
Dalam lawatan itu
juga, para tetamu telah dilayan baik oleh pihak penguasaha kantin dengan
membenarkan mereka memasuki ke kawasan dapur, pejabat dan stor penyimpanan
makanan. Selain itu para tetamu telah mengutarakan pelbagai pertanyaan
berhubung dengan pengurusan kantin yang meliputi penyediaan makanan, fail-fail
dan sebagainya. Para tetamu juga sempat meninggalkan komentar dan cadangan di
dalam buku pelawat yang disediakan oleh pihak kantin.
Sebelum lawatan
berakhir, para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan kecil di bilik makan guru
diikuti dengan acara bergambar kenangan bersama para tetamu dan wakil SKTS yang
terdiri daripada pentadbir, jawatankuasa kantin dan pengusaha kantin. Acara bertukar
cendera mata juga telah dilakukan sebelum para tetamu berangkat meninggalkan
SKTS pada jam 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan