PENDAHULUAN:
Kebanyakan
proses tumbesaran termasuk perkembangan mata, minda, pertumbuhan fizikal dan
pembelajaran berlaku ketika di peringkat kanak-kanak dan ini boleh diperoleh
menerusi pengambilan pemakanan. Di peringkat ini, tabiat pemakanan yang sihat
dan seimbang sangat penting bukan saja untuk fizikal tetapi minda kanak-kanak.
Memupuk
tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak dari kecil adalah penting
bagi kanak-kanak membina asas yang sihat. Antara yang diperlukan anak bagi zat
pemakanan sihat ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A. Kekurangan
zat makanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.
OBJEKTIF:
Diharapkan murid-murid dapat;
1.
Mengenal
makanan yang sihat dan seimbang yang dibeli samada di kantin sekolah atau di
luar sekolah.
2.
Mengambil
makanan yang sihat dan seimbang untuk dimakan serta mengurangkan makan makanan
segera dan ringan.
3.
Mengetahui
keperluan makanan berzat pada diri supaya dapat memberi tumpuan dalam pelajaran,
badan sihat dan otak cergas.
PERLAKSANAAN:
Kempen Makan Makanan Sihat Dan Seimbang Kurangkan Makanan Segera
Dan Ringan telah disampaikan oleh salah seorang Doktor Muda Sekolah Kebangsaan
Taman Seroja iaitu Adik Mohd. Afiq Akmal. Kempen tersebut hanya mengambil masa
10 minit sahaja.
Perkara yang disampaikan ialah:
i.
Maksud makanan sihat dan seimbang iaitu makanan yang
mengandungi komposisi karborhidrat,
protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat.
ii.
Maksud makanan segera atau fast food dan ringan atau snek (snack foods) , snek
kurang zat (junk foods)
iii.
Contoh makanan sihat dan seimbang ialah buah-buahan, sayur-sayuran,
roti, bijirin dan lain-lain.
iv.
Contoh makanan segera dan ringan ialah burger, nuget, gula-gula,
minuman berkarbonat dan lain-lain
v.
Kesan makan makanan sihat dan seimbang iaitu otak cergas, badan
sihat, sentiasa gembira dan lain-lain.
vi.
Kesan makan makanan segera dan ringan iaitu obesiti, lemah
daya ingatan, badan tidak cergas dan lain-lain.
KESIMPULAN:
Amalan
pemakanan sihat dan seimbang akan memberi kesan yang baik kepada individu
terutama murid-murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah dan
juga di dalam aktiviti kokorikulum. Badan sihat akan menjadikan otak cergas.
Amalan banyak mengambil makanan segera dan ringan yang mudah disediakan akan
mengundang obesiti dan juga kekurangan zat di dalam badan.