Terima kasih kepada Puan Suraya Hani, Pegawai Teknologi Makanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang yang hadir membuat pra-pemantauan ke atas kantin SKTS sebelum pemantauan kali kedua dijalankan sebagai saringan kepada pencalonan pertandingan kantin ke peringkat kebangsaan. Walaupun dalam keadaan sekolah yang sedang sibuk dengan pelbagai urusan di akhir tahun, pertandingan kantin yang disertai ini ini kami anggap sebagai satu cabaran dan amanah dalam membawa nama daerah dan negeri ke peringkat yang seterusnya.
Menerusi Puan Suraya Hani, kami memperolehi beberapa maklumat berkaitan pemantauan esok hari terutamanya mengenai sesi fotografi dan rakaman video oleh pihak pemantau. Antara lain beberapa penambahbaikan turut disentuh bagi memastikan kantin dalam keadaan baik dari segala aspek terutamanya dalam aspek berkaitan pengendalian makanan dan dapur. Dari aspek keceriaan dan lain-lain, beliau akui ia sudah cukup untuk menarik perhatian pemantau, insya-Allah.
Untuk esok, kami di SKTS mengaharapkan yang terbaik sekaligus menerima respon positif daripada pihak pemantau. Apa-apa pun, doa dan tawakal tetap berterusan sebagai usaha terakhir setelah berusaha memantapkan kantin dalam setiap aspek seperti aspek pengendalian makanan, pengursan fail dan keceriaan kantin.
|
Puan Guru Besar mengiringi Puan Suraya ke kantin. |
|
Puan Suraya bersemuka dengan Puan Lamsiah selaku pengusaha kantin. |
|
Puan Suraya memeriksaan perkakasan di dapur termasuk peti sejuk beku. | | | |
|
|
|
|
|
Puan Suraya memberi panduan berkaitan pengurusan bahan mentah. |
|
Dokumen-dokumen berkaitan disemak sebelum beredar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan